Kembali menulis

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama saya menulis untuk tahun 2011. Kata ganti nama diri pun sudah bertukar. Dahulu saya menggunakan 'aku'. Mungkin lebih baik saya ubah kepada yang lebih sopan dan manis kan? Sejak laman sosial facebook bermaharajalela, saya berasa sangat malas untuk mengupdate di blog kesayangan ini. hmmm... entah sayang entah tidak saya pun tidak tahu. Mungkin juga saya akan mulakan di sini pada hari ini. Tepat jam 12.30 pagi saya secara rasminya bertekad untuk menulis lagi di sini. Harap2 usaha saya ini menjadi dan berterusan. Owh saya perlu istiqomah! Maaf kalau salah ejaannya. Saya sudah lama tidak menggunakan perkataan tersebut. Arghhhhhhhhhhh skemanya kata-kata saya pada malam ini....apakah?mengapakah?

Hmmmm...susahkan menjadi orang yang skema dan lurus? Serba tidak kena rasanya. Owh mungkin kerana saya jarang menggunakannya. Kata orang alah bisa tegal biasa tetapi kita juga perlu menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Eh apalah sangat yang hendak dikecohkan..kan?

2011 tidak menjanjikan apa-apa kepada saya. Saya masih lagi memegang status single hehe...entah bila lah saya akan mengakhiri status tersebut. Bukan senang hendak menerima orang lain dalam hidup kita yang selama ini membujang. Bukan saya menentang perkahwinan dan normal kehidupan tetapi tengoklah pada diri saya sekarang, Banyak kecundang dalam hidup. Semestinya kecundang dalam memilih calon suami. Apa yang boleh saya katakan saya memang agak pemilih tetapi apabila saya sudah menyukai seseorang, saya akan menyayanginya sepenuh hati. Hurmmmm susahkan menjadi Elyza Diana....  

Sepanjang saya berhenti menulis di blog ini, banyak luahan hati saya hamburkan di facebook kerana cepat dan pantas. Status yang saya tulis di facebook selalunya akan mendapat sambutan hangat chewahhh!! Ramai yang akan komen di situ. Aplikasi di facebook selalu bertukar dan kadang-kadang menyusahkan jika kita tidak biasa dengan perubahan. Ops, jangan salah sangka! Saya memang sukakan perubahan dan kepelbagaian tetapi janganlah terlalu drastik mengubahnya. Namun sebagai pengguna, siapalah saya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya....dan yang paling saya tidak suka apabila ramai yang invite saya untuk aplikasi yang saya tidak suka. Semestinya game. Maaf, saya memang tidak suka bermain game secara online. Saya hanya bermain game biasa yang terdapat dalam netbook saya. Itupun jika saya kebosanan ataupun tension. Skema tak? hehe...

Ops! Sebenarnya sebentar tadi saya menaip soalan PPT Bahasa Melayu Tingkatan 2. Saya terpanggil menulis di sini pun sebab ingin release ketegangan saya semasa menyiapkan soalan exam. Ada satu subjek lagi yang saya perlu siapkan iaitu Pendidikan Seni. Ini merupakan kali pertama saya mengajar Seni. Macam manalah saya terpilih untuk mengajar Seni? Katanya saya ada bakat yang kreatif sebab sebelum ini saya pernah menyiapkan beberapa buah buku kenangan untuk guru bertukar dan bersara di sekolah saya. Namun bagi saya kedua-duanya berbeza. Mungkin sama tetapi tidak serupa. Saya memang tidak suka melukis! Apalah nasib....

Cuma baru-baru ini saya telah menghadiri bengkel seni lukis batik di sekolah. Apa yang boleh saya katakan bengkel tersebut memang menyeronokkan walaupun penat. Bayangkan saya terpaksa menukar design saya bersama rakan saya berulang kali. Mungkin disebabkan saya kurang bersedia dan datang dengan hati yang boleh diagak keikhlasannya lalu ia menjadi tidak sempurna di mata saya. Saya melalui pelbagai steps yang berbeza bermula denga memikirkan idea rekaan batik di atas sekeping kertas. Kemudian dilukis pula di atas sehelai kain lalu di stapler  ke atas sebuah bingkai kayu berbentuk empat segi, melilin dan mewarna. Langkah terakhir hanya menunggu saya ke bengkel tersebut...sapuan sejenis cecair yang boleh mengekalkan warna lukisan batik dan membasuh serta mengering. Namun sampai sekarang saya masih belum sempat menyudahkan kerja-kerja remeh tersebut....

Alamak! saya sepatutnya menyenaraikan sahaja plans yang sudah dan belum saya lakukan sepanjang bulan ini. Terlalu banyak yang ingin diberitahu dan dikongsikan. Jadi sila check di bawah yer...

Yang sudah:
  • gambar pasport pelajar
  • pencerapan guru
  • fotografi majalah
Yang sedang:
  • soalan PPT BM
  • soalan PPT Pendidikan Seni 
 Yang belum:
  • assignment induksi
  • study untuk peperiksaan semasa induksi 26-28 April 2011
  • khamis ni kena hantar pelajar ke pertandingan silat seni dan tunggu di sana sehari suntuk...waaaaa!!
Jadi, saya berhenti di sini yer...wassalam!

Slmt Hari Cikgu-Cikgi




salam..

slmt hari guru kpd semua yg menjadi guru di malaya..
ops! sudah tukar nama ka?? 
malaysia terchenta..


esok ada sambutan hari guru di sekolah
guru lwn netball ngan bebudak
sgt excited nak beraksi
hope dpt kalahkan depa
dah lama xkejar bola
jgn semput udah..


specially to all bloggers
yg pnah, sedang, telah dan sebagainya..
to my sis kni, my twin diani, my bro cinta sufi..
jadilah yg terbaek!
baekkkk punyerrrrrrr!!!
k chiaw...



terlupa sudaa...



Salam kasih sayang..


Backdated post neh. 
camne la bley terlupa nak post psl hari ibu neh huhu..
maklumlah skang dah ada fb...
blog dah jarang buka..apa kes??


Sempena dgn hari ibu yang dah lps
aku nak ucap SELAMAT HARI IBU 2010
kpd insan yg amat ku syg..

~Asiah bt Yusuf~
jasamu ku kenang ke akhir hayatku
tiada 2,3, bla bla bla...
kaulah satu-satunya..
kasihmu tiada tolok bandingnya..

tq ALLAH...
kernamu jua aku masih lg hidup
masih lagi berpeluang
membalas jasamu ibu..alhamdulillah syukur!



Hobi baru guwe




Salam..

kejap ada kejap xde
mcm chipsmore
chipsmore pun x mcm aku
nway i'm back friends!
hohoho merealisasikan impian di blog terchenta
walaupun dah jarang lepak sini
tp ia ttp menjadi pujaan hatiku

ini mau celita la
aku dah ada hobi baru skang
hobi yang byk mengeluarkan peluh
i like it much!
ekceli dah lama nak main squasy
tp xde org nk main sama
xde org nak ajar
dulu pernah gak main masa matrik 
tp x bertahan lama

Alhamdulillah ..
Sabtu lps hajat nak main squasy dah tertunai
mmg betul2 penat
but i having fun there
bleh release tension
kebetulan hati ada sakit
so mmg kena pada masanya la
aku hentam dinding tu ngan bola squasy
fuh! lps main rasa lega yg amat
THANK GOD!




gila2 di konvo

aku yang menyebok ngan bebudak KPLI


tumpang sekakilah yer..ignore the oily faces!


bucuks si mangi buat2 nakal hahaha


our mum n her MIL




Salam ukhwah..

actually citer ni blaku mggu lepas. kira backdated la. aku ke Penang tuk attended majlis konvokesyen my twin. aku pi sana naik bas jer. x berani lah nk drive ke sana sorang2. naik bas mlm lps sekolah tp no luck..aku tertinggal bas huhu. maka dengan muka cemas aku pun pi cari ler tiket lain. luckily ada lg bas yg nak gerak ke Penang. lgpun malam masih muda hehe...

majlis start 9 pg tp terpaksa pi awal sbb diani kena daftar dulu. perut dah mula nyanyi2 huhu..tpaksa tahan sampai la tengah hari. mujur ada jajan. lps gila snap2 gambo pastu baru bsiap2 btolak blk kg.lebih kurang 3.30pm kitorang chiaw dr situ.

aku spent 2 hari di rumah. menghabiskan masa begitu saja. mkn tdo mkn tdo..keja umah tu ada la buat cket2. buat jeruk pauh 1 besen besar hahaha..tp aku bwk ke ipoh 1 balang jer! kalo naik keta bley la angkut bebanyak tp dukacita dimaklumkan aku naik bas yek...sekian! sambung lenkali lak ngan cite2 lg best hehe..wlaupun dah jarang berblogging...chiaw!



bz...bz...bz...

Salam ukhwah..

hi. pekabo frens.
lama x hupdate ini blog.
blog siapakah?
blog aku lol.

hupdate ikut mood n time.
time free bley la godek2 blog ini.
bila dah ada muka buku
blog dilupakan
huh!
sungguh tidak mengenang budi ini budak.

erkk budak??

bz?
apa yang bz?
this week quite bz
jumaat lps tpaksa ke stadium
snap2 piccas the vasss
bos besar aku punya psl la
dah la aku bertugas di sekolah

penat gak setarang
7.30pm baru sapa umah
hujan lebat plak
terkial2 aku drive
mata ini rabun cket
x kira hujan atau malam
siang okey jer

smlm ada pibg at skul
snap2 piccas lagik
then pi carik perabot umah
beli ler pepe yg patut

malam hangout jap kt kedai mamak
gerbang malam pun aku bantai
jumpa membe lama
amik adek osmet dr kl
sampai umah dah 1++ am..
on lappy kesayangan aku
wasted masa jap dpn lappy
sedor2 dah 4.30 am
how come?
fb..ym..discuss bisnes baik punya
x bley heboh lagi
takut x jadi
nt aku hupdate psl bisnes x seberapa tuh okey..heh

morning!
ngantuk gilew
bekpes pun blum
mandi dah..
k chow dulu
nk isi peyut dulu okeh
the piccas will upload later!

Pemergian yang takkan kembali


TAKZIAH untuk keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi atas pemergian sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang...moga tabah segala..ALLAH lebih menyayanginya...

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Apa yang pasti yang hidup pasti kembali kepada penciptanya..Al-fatihah!

p/s: Sangat takut jika perkara ini berlaku pada keluarga aku ..yg pasti aku belum bersedia untuk merasai kehilangan!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~BORN AT ONE BIRTH~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net