Menangis kerana tidak cukup sempurna


Salam kasih sayang..

Hari ini genap 23 hari kita brpuasa. Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya dan aku masih terkial-kial mencari keberkatan bulan barakah ini. Adakah ibadatku diterima sepenuhnya oleh yang Maha Esa? Adakah ibadatku sudah cukup sempurna pada ketika ini? Adakah aku telah menggunakan sepenuhnya bulan ini dengan memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari? Adakah aku betul-betul memahami erti berpuasa itu sendiri?

Ramadhan ini....Add Image
Semakin menghampiri pusingan terakhir. Mungkinkah aku dapat bertemu ia pada masa akan datang? dan sementara menunggu saat itu, adakah aku masih sehat untuk menunaikan kewajipan berpuasa? Jawapan yang belum pasti. Aku menangis kerana tidak cukup sempurna...

Tujuh malam terakhir...aku menangis lagi. Entah kenapa terasa sayu di hati dek kerana hari-hari yang telah berlalu di bulan Ramadhan. 10 Ramadhan terakhir memang sudah lama aku nantikan. Tetapi rasanya ibadahku masih belum cukup sempurna dek kerana kelalaian dan kealpaan menikmati nikmat duniawi. Moga aku sempat menyempurnakan ibadahku ini pada detik-detik terakhir di bulan ini. Ameen...






2 comments:

wanhar said...

rasa terluah juga apa dalam hati bila baca karangan diana ni...sama....betul2 sama luahan itu.

dayana said...

wanhar...

la ye ke? mmg betul tu kakwae..ase sayu jer sbb puasa x sempurna sgt. ibadah kita lg la kurang kot huhu...


p/s: andai ada kesempatan itu..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~BORN AT ONE BIRTH~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net